KEBITARAAN

 


 Hoki di SMK Tunku Besar Tampin bermula pada tahun 1967. Individu yang bertanggungjawab membangunkan hoki ini ialah mendiang V. Sirapathasundram. Beliau merupakan seorang guru di SMK Tunku Besar Tampin dan juga bekas pemain hoki. Beliau telah mencadangkan penubuhan Kelab Hoki kepada Pengetua pada masa itu dan cadangannya  di terima. Dengan semangat dan kesungguhan yang ada, beliau telah memulakan langkah untuk membangunkan hoki di SMK Tunku Besar Tampin sehingga mencapai kecemerlangan.

            Pada tahun 1980, kelab hoki daerah Tampin ditubuhkan. Ekoran daripada itu mendiang V. Sirapathasundram telah menjalinkan kerjasama dengan kelab tersebut untuk memberi pendedahan kepada pemain-pemain hoki sekolah dan beliau telah menghantar pasukan bimbingannya menyertai pertandingan. Pasukan Hoki bimbingan beliau telah berjaya meraih beberapa kejuaran antaranya Johan Sekolah-sekolah Malaysia, juara Pesta Pulau Pinang dan kejuaraan Liga. Beliau juga telah berusaha mencari sumber kewangan untuk menampung perbelanjaan kelab Hoki Sekolah. Bantuan kewangan diperoleh daripada kelab Hoki daerah Tampin dan juga daripada Menteri Besar N. Sembilan. Sumbangan yang diterima daripada Menteri Besar N. Sembilan hampir setiap tahun untuk membangunkan Hoki di SMK Tunku Besar Tampin.

            Pada Tahun 1997, mendiang V. Sirapathasundram telah menamatkan karier sebagai guru dan jurulatih hoki sekolah. Pada tahun itu juga kelab Hoki Sekolah dibimbing oleh En. V. Vikraman. Beliau merupakan seorang guru yang berpengalaman luas dalam bidang hoki. Semasa dalam bimbingan beliau, pasukan hoki sekolah telah menjuarai beberapa pertandinagn hoki antaranya, Johan Sekolah-sekolah Malaysia dan  juga Johan dalam Pertandingan Hoki Pesta Pulau Pinang Antarabangsa. Beliau juga telah berjaya melahirkan pemain-pemain yang berbakat dalam sukan hoki seperti S. Sivakumar dan lain-lain.

            Seterusnya pada tahun 2000 hingga kini, kelab hoki SMK Tunku Besar Tampin telah dibimbing oleh En. M. Vivekananda. Beliau merupakan seorang guru yang mengajar di Tingkatan Enam dan juga bekas pemain hoki sekolah. Beliau bertanggungjawab membimbing dan melatih pasukan hoki sekolah. Banyak kejayaan yang telah diraih seperti Johan Sekolah-Sekolah Primer Kebangsaan 2002, Johan Liga Hoki Remaja Kebaangsaan 2012, Johan Jemputan Sekolah Sukan Bukit Jalil  dan lain-lain kejuaraan.

            Idea untuk mewujudkan kejohanan Hoki Piala YTM Tunku Besar Tampin bawah 14 tahun telah diinspirasikan oleh mantan Pengetua SMK Tunku Besar Tampin Lt. Kol. Haji Mohd Tahir bin Mohamad. Kejohanan Hoki ini telah bermula dari tahun 2013 hingga kini. Pada tahun 2017 kejohanan ini telah berusia lima tahun dan kejohanan ini melibatkan sekolah-sekolah di seluruh Malaysia seperti SMK Padang Midin Terengganu, High School Melaka, Sekolah Sukan Bukit Jalil K. Lumpur, SMK Bandar Penawar Johor dan lain-lain lagi.

            


 

No comments:

Post a Comment

HEBAHAN TERKINI

IKON HOKI SEKOLAH : Malaysian Indian Blueprint - Mr Kumar Subramaniam, Best Goalkeeper - Wor...

Kumar Subramaniam  (born 26 November 1979) is a Malaysian  field hockey  player who played as a  goalkeeper  for the  Malaysian national tea...