SMK Tunku Besar Tampin ditubuhkan pada tahun 1924. Sekolah
ini mula ditubuhkan dengan sebuah kelas dan 40 orang pelajar lelaki. Pada waktu
itu, sekolah ini dikenali sebagai Government English School. Selain itu,sekolah
ini terletak berhampiran kediaman Pegawai Pendidikan Daerah Tampin.
Pada tahun 1928, sekolah ini telah berpindah ke Kelab
Rekreasi dengan bilangan kelas bertambah kepada 4 buah(darjah 4) dan 5 orang
tenaga pengajar. Kemudian, pada akhir tahun, sekolah ini telah berpindah ke
bangunan Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Besar sekarang.
Pada tahun 1928, Jepun telah mengambil alih sekolah ini dan
dijadikan sebagai Hospital Tentera untuk merawat tentera mereka yang mengalami
kecederaan. Lantaran,semua murid diarahkan supaya berpindah ke bangunan kayu
yang berhampiran dengan Rumah Rehat Tampin.
Pada tahun 1945, Hospital Tentera telah ditukarkan kepada
sekolah semula dan dikenali sebagai Reconstruction Class. Bilangan pelajar
sekolah meningkat sebanyak 100 orang.
Bilangan pelajar meningkat kepada 400 orang pada tahun
1949. Ekoran daripada itu,sebahagian Rumah Rehat telah dijadikan sebagai bilik darjah. Mata
pelajaran Sains telah diperkenalkan pada masa itu. Selain itu,kelas tingkatan 1
ditubuhkan.
Pada tahun 1953, pelajar kelas menengah sekolah ini telah
dipindahkan ke bangunan baru iaitu sekolah ini. Namun begitu, setelah 2 tahun
barulah sekolah ini diberi nama iaitu SMK Tunku Besar Tampin dan dirasmikan
oleh YTM Tunku Besar pada 1 Julai 1953.
Pada tahun 1963, mula berlaku banyak perubahan.
Antaranya, sebuah asrama dan 10 kelas dibina dan setahun kemudiannya, satu
bangunan mengandungi dua buah bengkel seni perusahaan, tiga bilik Sains Rumah
Tangga dan sebuah makmal kaji kajian dibina.
Malah,pada tahun 1974, sebuah dewan besar telah dibina yang
kekal hingga ke hari ini.Kemudian,pavilion dibina dua tahun kemudian. Tidak lama
kemudian, satu bangunan mengandungi 3 makmal Sains dan sebuah perpustakaan dibina.
Bukan itu sahaja, empat gelanggang tenis berserta sebuah
bangunan yang mengandungi tujuh kelas, satu bilik pusat sumber, satu perpustakaan,satu
bilik kaunseling, satu bilik rawatan dan satu bilik seni pada akhir tahun
1980. Satu lagi kemudahan telah ditambah di sekolah ini pada tahun 1990 iaitu
Indoor Hockey Pitch.
Setelah sekian lama, akhirnya penantian berakhir apabila
Asrama Puteri dibina pada tahun 1992. Tetapi, penggunaannya terhad kepada
pelajar sekolah ini sahaja. Walau bagaimanapun,asrama itu kemudiannya dijadikan
asrama pusat yang menempatkan pelajar aliran agama Sekolah Menengah Kebangsaan
Tampin.
Pada tahun 1999, bangunan empat tingkat baru dibina lagi iaitu yang mengandungi enam belas buah kelas,satu makmal komputer,satu bilik guru dan satu pejabat. Setahun sebelum itu,bangunan utama telah dirobohkan.
Pada tahun 2002, sebuah surau baru dibina diikuti garaj
kereta setahun kemudian.Setelah mendapat sedikit peruntukan,sebuah makmal
komputer telah dibina beserta padang hoki Astroturf.
Perubahan pelajar telah menyebabkan keperluan terhadap
komputer bertambah. Oleh itu, sebuah makmal komputer telah dibina dan dirasmikan
oleh YAB Dato’ Seri Utama Hj.Mohammad Bin Hj Hassan, Menteri Besar Negeri
Sembilan Darul Khusus pada tahun 2005.
Pada tahun 2007, Pusat Akses Komputer telah dibina selaras
dengan Hari ICT Negeri. Semua warga SMK Tunku Besar juga mempunyai Smart Card
masing-masing. Sekolah juga turut melancarkan sistem jaringan internet tanpa
wayar dengan jarak 1 km radius ke arah membudayakan ICT dalam kalangan warga
sekolah.
Pada
tahun 2009, sekolah telah mendapat 2 buah bangunan baru iaitu bangunan MPV dan
juga blok baru Tingkatan 6. Bangunan MPV ini dibina seiring dengan hasrat
kerajaan untuk melaksanakan mata pelajaran MPV di sekolah harian. Sehingga kini telah ada 2 buah kelas MPV.
Selaras
dengan hasrat kerajaan untuk membentuk masyarakat minat membaca pada tahun 2009
juga, program Khidmat Bantu PSS peringkat N. Sembilan telah diadakan di
sekolah. Sekolah ini telah dipilih sebagai sekolah yang bertuah menerima
program Khidmat Bantu di mana beberapa pegawai daripada BTP Negeri serta pihak
PKG beberapa daerah telah datang ke sekolah dalam usaha membantu memberi
khidmat meningkatkan peranan PSS di sekolah.
Seterusnya
Galeri Sejarah Sekolah telah pun dibangunkan dengan jayanya dengan usaha daripada semua
warga sekolah. Sehingga kini galeri sejarah sekolah pernah memenangi Pertandingan
Galeri peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2011 dan 2014. Juga tersenarai
dalam peringkat Kebangsaan dan telah mendapat sambutan hangat dalam kalangan bekas
alumni serta warga tempatan. Pelbagai usaha naik taraf telah diadakan dan
Galeri Sejarah Sekolah mampu mengukir nama sebagai Galeri Sekolah terulung di
Negeri Sembilan yang menjadi penanda aras bagi sekolah-sekolah lain.
No comments:
Post a Comment